Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Capello: Magis Mourinho hanya seketika
Diterbitkan:  Oct 7, 2015 2:00 PM
Dikemaskini: 6:17 AM

Pernah mendengar mengenainya namun belum mempunyai bukti. Namun apa yang berlaku di Stamford Bridge seakan mengesahkan maklumat diperoleh Fabio Capello.

Bekas pengurus pasukan kebangsaan England itu berkata, dia dimaklumkan Jose Mourinho memang 'memeras keringat' pemainnya secara maksimum.

"Saya mendapat maklumat mengenainya ketika dia di Real Madrid dan sekarang kita boleh membuktikannya di London," kata Capello yang menamatkan tugasnya sebagai pengurus Russia pada Julai lalu.

Mourinho kini dilihat berada dalam zon bahaya apabila gagal membawa Chelsea seperti sebelum ini.

Kesuraman persembahan The Blues menyebabkan kelab itu terperosok di tangga ke-16 EPL dengan hanya dua kemenangan daripada lapan perlawanan.

Mourinho membimbing Real Madrid sebelum kembali ke Stamford Bridge pada 2013.

Pengurus ada selera tinggi

Capello berkata, Mourinho mengerah keringat dan kudrat pemainnya habis-habisan menyebabkan mereka hanya mampu menyinar seketika - atau paling lama dua tahun.

"Memang benar Chelsea kerugian apabila turun tanpa beberapa pemain seperti Thibaut Cortois (penjaga gol). Namun, kesilapan taktikal Mourinho juga menyebabkan kelab itu gagal di awal musim," katanya.

Kata Capello, kekuatan mental pemain terjejas apabila terpaksa memenuhi selera tinggi pengurus.

Dalam keadaan sekarang Capello percaya era kegemilangan Mourinho sudah berakhir dan pengaruhnya kian pudar.

Secara purata, kata Capello, 'kuasa magis' Mourinho hanya bertahan selama 18 bulan sebelum dia "memusnahkan" pemainnya.

Pun begitu Capello, 69, Mourinho - yang menggelar dirinya sendiri sebagai The Special One - adalah seorang pakar strategi.

"Ketika dalam keadaan sukar begini Mourinho memberi dua pilihan kepada kelabnya - menyokong atau memecat dia. Dan Chelsea memilih untuk menyokong," katanya.

Mungkin ada 'pemberontakan'

Bagi Harry Redknapp pula, dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena di peringkat dalaman kelab berkenaan.

"Mungkin sesetengah pemain tidak suka kepada Mourinho," katanya.

Bekas pengurus QPR itu berkata kemungkinan krisis itu berlaku memang tidak boleh diketepikan.

"Rasanya semua orang suka kepada dia pada peringkat awal tetapi kini sesetengah pemain tidak senang dengan cara mereka dilayan, atau cara dia bercakap kepada mereka.

"Apa pun yang berlaku mereka tidak bekerja keras untuk Mourinho.

Has Jose lost the Chelsea dressing room? #CFC http://t.co/4rqXA9bhMQ

— Harry Redknapp (@Redknapp) October 6, 2015

Lihat Komen
ADS