Pengurus baru Liverpool, Jurgen Klopp dilihat mula membuat perancangan rapi buat The Reds apabila berhasrat membawa bekas anak didiknya Robert Lewandowski di Borussia Dortmund ke Anfield.

Ejen Lewandowski dilaporkan memberi isyarat kepada kelabnya sekarang iaitu Bayern Munich bahawa penyerang itu tidak akan kekal di kelab berkenaan dan Klopp berminat membawanya ke pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool kini bergantung kepada penyerang seperti Christian Benteke, Daniel Sturridge, Danny Ings dan Divock Origi, manakala Mario Balotelli dipinjamkan ke AC Milan.

Bagaimanapun Klopp berkeinginan membawa Lewandowski menyertainya jika Munich sedia melepaskan penyerang berusia 27 tahun itu.