Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
'Pecat Mourinho kerja gila'
Diterbitkan:  Oct 27, 2015 3:00 PM
Dikemaskini: 7:14 AM

Pengurs Stoke City, Mark Hughes yakin bahawa rakan sejawatannya di Chelsea, Jose Mourinho tidak akan dipecat sebagai pengurus The Blues .

Malah menurut Hughes, adalah perkara "gila" jika Chelsea memecat Mourinho walaupun prestasi buruk sedang melanda penyandang juara EPL itu.

Chelsea setakat ini mempamerkan aksi merosot ketara sejak awal musim dan kini menduduki tempat ke-15 liga.

Spekulasi terbaru menyatakan nasib Mourinho kini bergantung kepada keputusan perlawanan The Blues menentang Liverpool pada 1 November ini.

Jika mereka tewas lagi, maka berakhirlah perjalanan The Special One di Stamford Bridge.

Kata Hughes, Mourinho mengakui dia adalah pengurus istimewa dan yang terbaik pernah dimiliki Chelsea.

Costa bela bos sendiri

Kini, katanya, pengurus dari Portugal itu berdepan cabaran dalam kerjayanya dan boleh mengatasi kemelut itu jika dapat memahami apa masalah sebenarnya dan menyelesaikan kerumitan itu.

"Saya tahu semua orang yakin dia mampu mengatasi masalah itu," katanya.

Terdahulu, gosip mengenai pemecatan Mourinho hangat diperkatakan selepas The Blues tewas kepada West Ham United 1 - 2 di gelanggang sendiri pada Sabtu lalu.

Pemecatan Mourinho turut dikaitkan dengan pergaduhan pasukan perubatan Chelsea dan diambil tindakan oleh FA England kerana membantah keputusan pengadil perlawanan.

Tambah Hughes, Mourinho adalah karekter unik dalam dunia dan EPL.

"Orang mahu dengar apa yang dikatakan Mourinho," katanya.

Sementara itu, penyerang Chelsea, Diego Costa tampil membela jurulatih mereka dengan mendakwa kekalahan yang dialami adalah kesilapan pemain.

Menurut beliau, prestasi buruk itu adalah tanggungjawab barisan pemain, bukannya salah pengurus.

Lihat Komen
ADS