Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Pemain Chelsea disyaki buas cabul wanita
Diterbitkan:  Oct 30, 2015 1:10 PM
Dikemaskini: 6:25 AM

Pemain muda Chelsea yang dipinjamkan ke Reading, Lucas Piazon, dilaporkan menjadi buruan polis Kanada selepas disyaki terlibat dalam kes gangguan seksual, Julai lalu.

Menurut polis insiden itu berlaku ketika pemain Brazil berusia 21 tahun tersebut dan rakan senegara yang juga pemain bola, Andrey da Silva, 22, selesai mengikuti acara temasya Olimpik Pan Am di Toronto.

Kemudian, Piazon dan Silva bertemu dengan seorang wanita berusia 21 tahun di Hotel Drake pada malam 25 Julai 2015.

Media melaporkan gangguan seksual tersebut berlaku ketika mangsa tertidur dan apabila wanita itu tersedar dan cuba melawan, kedua-dua suspek itu melarikan diri.

Inspektor polis Toronto, Joanna Beaven-Desjardins berkata, Piazon dan Silva akan dihantar pulang ke Kanada untuk menjalani proses undang-undang atas tindakan keji itu.

"Sekiranya mereka datang ke Toronto, suspek akan ditahan bagi membolehkan proses perundangan berjalan," katanya.

Piazon dilamar ke Chelsea dari Sao Paolo pada Januari 2012. Selepas dipinjamkan The Blues ke beberapa kelab, Piazon akhirnya berkhidmat untuk Reading bermula Ogos lalu dengan status pemain pinjaman selama satu musim.

Lihat Komen
ADS