JDT buat Malaysia bangga
Warga Johor boleh bercuti esok, dan rakyat Malaysia boleh berbangga dengan pencapaian pasukan JDT melakar sejarah menjuarai Piala AFC 2015 dalam perlawanan di Dushanbe, Tajikistan sebentar tadi.
JDT mewarnai dunia bola sepak Malaysia selepas menang - walaupun tipis - mengatasi kelab Tajikistan, FC Istiklol.
Di awal permainan di separuh masa pertama barisan pemain JDT dilihat begitu ditekan lawan dan ia sebenarnya dapat difahami kerana mereka adalah skuad pelawat yang bertandang ke gelanggang FC Istiklol.
Disokong penonton tempatan FC Istiklol berjaya memasukkan bola ke gawang JDT pada minit ke-14 namun mereka terpaksa menelan air liur saja apabila jaringan itu dibatalkan pengadil susulan pemain tuan rumah menggunakan tangan.
Pada minit ke-23, Leandro Velazquez muncul sebagai wira JDT selepas berjaya membolosi gawang Istiklol yang dikawal Nikola Stosic.
Sepanjang aksi 96 minit (termasuk masa tambahan) yang penuh debaran itu, nasib ternyata memihak kepada JDT walaupun Istiklol menguasai permainan.
Sementara itu, selain Velazquez sebagai penjaring tunggal pujian juga patut diberi kepada penjaga gol JDT, Farizal Marlias dan pemain pertahanan yang mempamerkan aksi cemerlang.
Terdahulu, kerajaan negeri Johor mengumumkan esok (Ahad) sebagai cuti peristiwa buat seluruh warga negeri itu sekiranya JDT berjaya meraih kejuaraan pada malam ini.
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim lewat petang tadi.
The moment that we have been waiting for.. The champions! #AFCCup2015 #JDT pic.twitter.com/T52BpIXasX
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 31, 2015
Sementara itu kapten pasukan JDT, Safiq Rahim diumum sebagai Pemain Paling Berharga dalam perlawanan tadi.
Piala pula disampaikan oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang turut hadir sendiri mengiringi pasukan JDT sekali gus memberi suntikan semangat kepada skuad berkenaan.
2015 AFC CUP FINAL | FC ISTIKLOL vs JDTLive Update | Min-75FC ISTIKLOL [0] - [1] JDTLeandro Velázquez 22'Hidup Johor Demi Johor#BerjuangBersamaKami
Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, October 31, 2015

