Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Anak-anak Sidek dominasi Anugerah OCM 2015
Diterbitkan:  Dec 18, 2015 12:29 PM
Dikemaskini: 6:38 AM

Empat skuad badminton Piala Thomas Malaysia mendominasi Anugerah Dewan Kemasyuran Majlis Olimpik Malaysia (OCM) 2015, sempena Malam Anugerah ?OCM yang berlangsung di Dewan Arena Tan Sri Hamzah Kompleks Sukan Tertutup OCM, Kuala Lumpur, malam ini.

Mereka terdiri daripada skuad Piala Thomas 1952, 1955, 1967 dan 1992 yang berjaya membawa sukan badminton negara ke persada antarabangsa.

Antara nama tidak asing di kalangan pemain badminton Malaysia pastinya keluarga Sidek iaitu Razif, Jailani, Rashid dan Rahman.

Selain itu, barisan lagenda badminton sebelum kemerdekaan tanah air turut menerima penghargaan.

Mereka terdiri daripada Wong Peng Soon, Ooi Teik Hock, Ong Poh Lim, Chan Kon Leong, Abdullah Piruz dan Ismail Marjan? yang menjulang Piala Thomas 1952.

Atlet lain yang turut diraikan ialah pemain ping pong negara, Soong Poh Wah, Yang Siow Ming (hoki) dan Jeffrey Ong (renang).

Sementara itu, Rashid atau nama sebenarnya Abdul Rashid Sidek? berkata, beliau amat gembira dengan anugerah tersebut sekali gus mengimbau kembali kenangan di kejohanan berprestij dunia itu bersama rakan sepasukan lain.

"Ini satu penghormatan OCM kepada saya dan rakan-rakan yang mengharumkan nama negara pada 1992.
"Berbanding anugerah terdahulu, ini kali kedua skuad Piala Thomas 1992 diberi anugerah besar. Pada saya ia lebih istimewa berbanding anugerah individu yang saya terima," katanya kepada media selepas majlis tersebut.
Imbau zaman kegemilangan
Bagi Datuk Abdul Razif Sidek, melalui anugerah Dewan Kemasyuran ?OCM itu beliau berharap sejarah kejayaan tersebut sentiasa diingat terutama bagi generasi baru.

"Piala Thomas adalah satu kejayaan membanggakan Malaysia dalam sukan badminton.

"Apa yang istimewa anugerah kali ini apabila OCM memilih barisan skuad Piala Thomas sebagai menerima bukan sahaja skuad 1992 malah skuad 1952 dan 1955," katanya.
Selain itu, legenda pelari pecut negara, Tan Sri Datuk Dr M. Jegathesan dipilih sebagai penerima Anugerah Sepanjang Hayat sempena majlis tersebut.

Bagi anugerah Trofi Jawatankuasa Olimpik ?Antarabangsa 2015 'Sukan dan Inovasi' diterima oleh produksi muzik popular negara, KRU.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS