Akhirnya Chelsea pilih Hiddink
Selepas hampir tiga hari tanpa pengurus, Chelsea akhirnya memilih Guus Hiddink sebagai pengganti Jose Mourinho yang dipecat Khamis lalu.
Laman web rasmi skuad The Blues itu melaporkan, jurulatih dari Belanda itu mengikat kontrak sehingga akhir musim ini.
Kehadiran Hiddink merupakan kali kedua ke Stamford Bridge selepas menjadi pengendali sementara Chelsea pada 2009.
Ketika pertama kali melatih The Blues pada Februari 2009, apa dihadapinya seakan sama dengan situasi kelab itu sekarang.
Beliau dibawa untuk menggantikan Luis Felipe Scolari yang gagal meningkatkan prestasi juara Liga Perdana English (EPL) musim lalu itu.
"Saya setuju kembali ke Stamford Bridge. Chelsea adalah salah satu kelab terbesar di dunia, tetapi kini berada dalam situasi tidak sepatutnya," Hiddink dalam kenyataan tersebut.
"Bagaimanapun saya yakin, kami semua boleh mengembalikan prestasi yang lebih baik," kata bekas pengurus Real Madrid dan PSV Eindhoven itu.
Ketika bersama Chelsea sebelum ini, Hiddink berjaya membawa gelaran juara Piala FA dan kedudukan ketiga EPL pada musim tersebut.
Sementara itu, Chelsea meraih kemenangan pertama selepas ketiadaan Mourinho dengan menewaskan Sunderland 3-1, awal pagi tadi.

