Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Henry bakal kendali Arsenal?
Diterbitkan:  Jan 7, 2016 11:33 AM
Dikemaskini: 3:37 AM

Bekas bintang Perancis dan Arsenal, Therry Henry bersiap sedia untuk menjadi pengurus sebarang kelab bola sepak selepas banyak mengutip ilmu dan selok-belok bidang itu daripada bekas bosnya, Arsene Wenger.

Sebagai salah seorang jurulatih Arsenal untuk skuad bawah 18 dan 19 tahun, Henry sering berada di pusat latihan The Gunners dan mendampingi Wenger.

"Kami berkongsi maklumat dan pandangan mengenai perbezaan latihan untuk pemain muda dan senior. Kami juga berbincang bagaimana menjadi pengurus yang baik.

"Selain itu, saya banyak bertanya beliau cara-cara untuk menangani situasi tertentu," kata Henry seperti dilaporkan laman rasmi Arsenal.

Antara situasi tersebut ialah apabila taktikal yang diterapkan jurulatih gagal membuahkan hasil sehingga dikritik peminat.

"Saya sedang mempelajari bagaimana untuk berada pada tahap (seperti Wenger) sekiranya menghadapi keadaan sama," katanya.

Bagi pemerhati Arsenal, tidak mustahil Henry juga sudah bersiap sedia untuk menggantikan jawatan Wenger, terutamanya ketika kontrak jurulatih dari dari Perancis itu bakal tamat pada 2017.

"Ini merupakan tempat yang saya cintai. Ada begitu banyak emosi di sini. Saya selalu berasa mahu memulakan kerjaya jurulatihan di sini," jelasnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS