Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jurulatih K Devan menyambut baik keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang menerima tajaan pengeluar produk kecantikan Pamoga Qu Puteh.

"Saya memang gembira dengan tajaan ini dan ia perkembangan positif dalam usaha Kelantan meningkatkan prestasi pasukan.

"Dengan penajaan ini mungkin dari segi kewangan kita akan bertambah kukuh dan lebih baik untuk musim akan datang," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui pada majlis pelancaran dan pengundian Piala FA 2016, di Shah Alam hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan, Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pihaknya bersetuju dengan tajaan dan syarat diletakkan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman untuk menjadi penaja Kelantan.

Hasmiza sebelum ini meletakkan dua syarat kepada Kafa iaitu menukar warna stadium dengan merah jambu dan nama pasukan didahului dengan perkataan "Pamoga Qu Puteh".

Bagaimanapun, selain dua syarat tersebut Hasmiza turut mengemukakan 33 lagi syarat tambahan kepada Kafa dan ia dipersetujui bersama selepas kedua-dua pihak berbincang.

Dalam saingan Piala FA kali ini skuad The Red Warriors (TRW) bakal berdepan laluan mudah apabila diundi dengan pasukan Liga FAM untuk perlawanan pertama iaitu sama ada pasukan UKM FC atau Henelang FC.

Cabaran Piala FA akan bermula pada 30 Januari ini.

Lihat Komen
ADS