Sting kini legenda terpilih
Menjelang WrestleMania pada April depan, WWE hari ini mengumumkan bahawa Sting akan dimasukkan ke dalam kelompok Hall of Fame kelompok 2016.
Menurut WWE.com , bekas superstar NWA, WCW, TNA dan WWE itu kini setanding dengan penggusti elit lain dan majlis rasmi akan berlangsung di American Airlines Center di Dallas 3 April ini.
Sting turut mengesahkan berita itu melalui akaun Twitter miliknya.
Sting, 56, menyertai arena gusti sekitar 1985 sebagai Flash dan membentuk regu terkenal, The Runners Blade, yang turut dianggotai Jim Hellwig (atau dilebih dikenali sebagai The Ultimate Worrior).
Well it's official - I have accepted the invitation to be inducted into the WWE HOF! HONORED!!!!
— Sting (@Sting) January 11, 2016
Bagaimanapun selepas hanya beberapa bulan The Ultimate Warrior meninggalkan regu berkenaan untuk menyertai acara perseorangan.
Sting pula melibatkan diri dalam Universal Wrestling Federation atau nama singkatannya UWF ketika itu.
Mungkin bersara tak lama lagi
Nama dan bakat Sting terus berkembang di bawah Jim Crockett yang mengambil alih UWF sebelum ditukarkan kepada World Championship Wrestling.
Pada Mac 1987 nama beliau mula melonjak lebih tinggi apabila dia dimasukkan ke acara Clash of the Champions menentang "Nature Boy" Ric Flair untuk kejohanan dunia NWA.
Namun Sting hanya berjaya menjuarai kejohanan NWA - menewaskan Ric Flair - pada 1990.
Dia juga menyertai Four Horsemen yang cukup terkenal pada tahun sama.
Di Survivor Series 2014, Sting membuat penampilan pertama dalam dunia WWE ketika membantu Dolph Ziggler mengalahkan The Authority.
Dan di SummerSlam 2015 beliau mencabar Seth Rollin - juara dunia ketika - itu namun tewas akibat kecederaan yang dihadapi ketika perlawanan merangkul Kejuaraan Dunia WWE.
Kecederaan itu juga mencetuskan spekulasi bahawa Sting di ambang persaraan kerana gagal pulih sepenuhnya.

