Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Watson selar pihak hebohkan beliau muflis
Diterbitkan:  Mar 7, 2016 5:00 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

Pemegang rekod pecut 100 meter negara, Watson Nyambek menyelar tindakan wartawan yang mendedahkan status muflis beliau yang diisytihar Jabatan Insolvensi, Rabu lalu.

Jurulatih kelab latihan untuk pelari Flying Dayak Club itu mempersoalkan tindakan wartawan sebuah portal berita yang dianggap tidak hormat padanya.

"Siapa yang perlu rasional, sebagai wartawan tak perlu hormat orangkah?” soal Watson.

Beliau merujuk tulisan di portal hal ehwal Sarawak, Sarawakvoice.com bertajuk “Watson Nyambek perlu rasional, tak perlu ugut wartawan” semalam.

Portal hal ehwal Sarawak itu membela penyiaran laporan itu atas alasan ia dapat membantu Watson menyelesaikan masalah kewangan beliau.

Malah, lapor Sarawakvoice.com , susulan pendedahan itu, banyak pihak termasuk kerajaan negeri tampil menawarkan bantuan kepada Watson sekeluarga.

Antaranya termasuklah kerajaan negeri Sarawak melalui pengumuman Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, Pemuda BN Sarawak dan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak.

Terdahulu beliau diisytiharkan muflis susulan gagal membayar balik pinjaman bank yang dibuat bagi membayar kos perubatan bapanya yang menghidap barah.

Pesan dari awal

Notis muflis tersebut disiarkan dalam akhbar Borneo Post oleh Jabatan Insolvensi bagi mengumumkan statusnya akibat tidak melunaskan pinjaman bank bernilai RM80,000.

Menulis di Facebook, beliau menegaskan telah berpesan sejak awal lagi supaya perkara itu tidak dihebohkan.

"Hari itu semasa wartawan tersebut telefon kami hanya bercerita sebagai kawan dan saya dah maklum daripada awal tolong jangan viralkan cerita saya.

"Kerana saya dan isteri belum bersedia untuk menerima impak sebesar itu. Tapi dia tetap berdegil dan tulis sebagai berita dan viralkan," jelasnya.

Watson berkata, beliau juga cuba menghubungi wartawan berkenaan untuk mendapatkan penjelasan tetapi panggilannya tidak dijawab.

"Jadi siapa yang tak rasional, ingat saya ini jadi modal untuk berita ke?" katanya yang juga pemegang rekod kebangsaan untuk 100 meter dengan catatan 10.30 saat sejak 1998.

Siapa yg perlu rasional....'sebagai wartawan...tak perlu hormati org kah?...'Hari tu semasa wartawan tersebut call saya...

Posted by Watson Nyambek Full on Sunday, 6 March 2016

Lihat Komen
ADS