Sudah lebih 10 kali Phra Prommangkalachan berkunjung ke Stadium King Power. Tujuannya cuma satu - bagi melakukan ritual yang dipercayai dapat 'membuang sial' kelab Leicester City.

Bukan menghairankan untuk Leicester menggunakan khidmat bomoh Buddha dari Thailand kerana pemilik kelab itu - serta beberapa pegawai tertingginya - adalah ahli perniagaan dari negara Gajah Putih berkenaan.

Hasil upacara yang dijalankan Prommangkalachan mengungkapkan keyakinannya skuad The Foxes akan mengungguli EPL musim ini.

Selain prestasi cemerlang Jamie Vardy, Riyad Mahrez, N'Golo Kante dan rakan-rakan di atas padang, kelab milik Vichai Srivaddhanaprabha itu sudah tiga tahun menggunakan khidmat sami siam, lapor AFP.

"Saya memberikan satu kalung kepada mereka," kata Prommangkalachan yang turut mempamerkan kain pemidang dengan logo Leicester City dikelilingi sejumlah simbol dianggap suci.

"Mereka tahu bahawa ini akan membawa kemenangan. Agama kami mungkin berbeza, tetapi kami semua berkawan baik," jelasnya.

Pasukan bimbingan Claudio Ranieri kini mendahului dua pesaing terdekat iaitu Tottenham Hotspurs dan Arsenal dengan berbaki enam perlawanan.

Percaya kepada karma

Malam ini jam 8.30 malam (waktu Malaysia) Leicester akan mengharungi perlawanan ke-33 bertemu Sunderland yang kini berada di tempat ke-18 liga.

Spurs pula menentang kelab bermasalah, Manchester United pada jam 11 malam.

Jika Spurs mengatasi United dan The Foxes kalah, kedudukan dua pasukan teratas liga tetap tidak akan berubah dan setiap pasukan itu dibezakan dengan empat mata.

Prommangkalachan dalam kunjungannya ke gelanggang Leicester turut menyatakan rasa yakinnya stadium kelab itu akan memberi tuah kepada The Foxes.

"Tak perlu diragui lagi, mereka akan jadi muara musim ini," katanya.

Tambah Prommangkalachan, kepercayaan agama Buddha mengenai karma turut akan membantu Leicester mencapai kejayaan itu.

Katanya, melalui karma yang diyakininya nasib yang baik akan mengiring mereka yang berkelakuan baik.

Pada Mei 2014 skuad berkenaan juga dibawa melawat sebuah wat di Bangkok, Thailand.

Sebelum ini media Inggeris turut mendakwa kejayaan Leicester City kini kemungkinan diselindungi kospirasi bagi memastikan kelab berkenaan muncul juara pada musim ini.

Selepas Sunderland Leicester akan berdepan lima perlawanan terakhir menentang West Ham United, Swansea City, Manchester United, Everton dan Chesea.

本赛季初,高僧团再度造访莱斯特城,并一一给球员“做法”,还在球场、通道等地方泼洒圣水,而眼下蓝狐出乎意料地占据英超榜首,且极可能最终登顶,你说这之间有没有半点关系?

Posted by 足球天下 on Wednesday, April 6, 2016