Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Dalglish sebak saksi Liverpool bangkit semula
Diterbitkan:  Apr 15, 2016 8:31 AM
Dikemaskini: May 5, 2016 11:45 AM

Awal pagi tadi Liverpool sekali lagi melakukan 'aksi pegun' yang sebelum ini sering dibangga-banggakan penyokong mereka di Istanbul, Turki pada 2005.

Ketinggalan akibat asakan taktikal Borussia Dortmund, anak buah Jurgen Klopp membuat kebangkitan semula di Anfield dengan akhirnya menumpaskan kelab dari Jerman itu dengan 4-3.

Kemenangan itu sekali gus menempah tempat untuk The Kop bersaing di peringkat separuh akhir Liga Europa.

Dan ketika wisel penamat ditiupkan, legenda Liverpool, Kenny Dalglish adalah antara penonton yang sebak dan cuba menahan diri daripada menangis kegembiraan.

Dia membuat 355 penampilan bersama Liverpool dan pernah menjadi pengurus di kelab itu sebanyak dua kali.

Relive the moment Dejan Lovren won it for #LFC tonight. WOW!! https://t.co/zTzLLVXcpY pic.twitter.com/Zde3FmLcKz

— Liverpool FC (@LFC) April 14, 2016

Gol daripada Divock Origi, Philippe Coutinho, Mamadou Sakho dan Dejan Lovren membawa Liverpool selangkah lagi lebih hampir kepada impian mereka mengungguli kejuaraan peringkat Eropah selepas sekian lama gagal membuat kejayaan bermakna - sama ada di peringkat tempatan apa lagi di luar negara.

Jürgen Klopp tells the media he injured himself in the celebrations... https://t.co/nngbhmzCz3

— Liverpool FC (@LFC) April 14, 2016

Kemenangan awal pagi tadi membolehkan mereka mengatasi Dortmund 5-4.

Ketika anak buah Klopp bersalaman sesama sendiri meraikan kejayaan mereka, kamera sempat merakam wajah Dalglish yang terharu di bangku penonton.

Turut kelihatan di stadium keramat Liverpool itu dan meraikan kejayaan itu ialah seorang lagi legenda mereka, Ian Rush.

Keempat-empat gol Liverpool terhasil daripada hanya empat cubaan tepat ke gawang Dortmund sepanjang perlawanan itu.

Tiga lagi pasukan yang sudah mengesahkan tempat di pusingan separuh akhir ialah Shakhtar Donetsk, Villareal dan Sevilla.

Undian akan dijalankan esok.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS