Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Messi raih gol ke-500, Barcelona tergugat
Diterbitkan:  Apr 18, 2016 11:46 AM
Dikemaskini: 3:53 AM

Walaupun Lionel Messi berjaya menjaringkan gol peribadi ke-500, nasib tidak menyebelahi kelabnya - Barcelona apabila tewas mengejut kepada Valencia dia Camp Nou, awal pagi tadi.

Tewas 1-2 kepada kelab di tangga ke-12 La Liga itu sekali gus memberi peluang persaingan mata antara Barcelona sebagai pendahulu liga dan Atletico Madrid di posisi kedua.

Kedua-dua gergasi Sepanyol itu mengutip 76 mata, manakala Barcelona masih menggunguli liga dengan kelebihan jumlah gol berbanding Atletico.

Di tangga ketiga, Real Madrid turut memberi saingan rapat dengan pungutan 75 mata hasil 33 perlawanan dilalui.

Walaupun turun dengan barisan pemain terbaik termasuk Luis Suarez dan Neymar, anak didik Luis Enrique gagal meraih kelebihan di tempat sendiri.

Malah, tampanan Ivan Rakitic menyekat rembatan pemain lawan menghasilkan gol sendiri untuk memberi gol pertama Valencia di minit ke-26 sebelum Santi Mina menghadiahkan gol kedua pada minit ke-45.

Tersentak dengan dua jaringan Valencia, tuan rumah kembali mengatur serangan di separuh masa pertama sebelum jurang jaringan dipercilkan melalui gol ke-500 Messi di minit ke-63.

Jaringan itu juga merupakan gol ke-450 sepanjang karier pemain berusia 28 tahun itu bersama Barcelona, manakala 50 jaringan lagi dicipta ketika wakili negaranya, Argentina.

Sementara itu, keputusan itu juga menyaksikan Barcelona tewas tiga kali berturut-turut dalam kancah La Liga, terdahulu mereka tersungkur di tangan Real Madrid dan Real Sociedad.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS