Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Sarawak tamatkan khidmat Rajagobal
Diterbitkan:  May 9, 2016 7:43 PM
Dikemaskini: 11:46 AM

Ternyata 'jodoh' Datuk K Rajagobal dengan Persatuan Bola Sepak Sarawak tidak berpanjangan seperti diharapkan.

Hari ini sah sudah khidmat bekas jurulatih kebangsaan itu ditamatkan dan ia diumum Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak Datuk Sudarsono Osman di Kuching.

Kata Sudarsono keputusan itu dibuat selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama.

Jawatan ditinggalkan Rajagobal, 59, akan diisi penolongnya David Usop.

Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya itu mula mengemudi skuad Ngap Sayot pada 1 Disember lalu.

Di bawah bimbingan Rajagobal, Sarawak dilihat gagal memberi saingan bermakna dalam pentas Liga Super apabila sekadar mencatat satu kemenangan dalam 10 perlawanan.

Malah, dengan kutipan enam mata Sarawak kini menduduki tangga tercorot liga.

Rajagobal sebelum ini merupakan mengendali pasukan kebangsaan pada 2009 hingga 2013 dan berjaya membawa Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010.

Lihat Komen
ADS