Tangan Neuer, kaki Hector bawa Jerman mara
Perlawanan suku akhir Jerman dan Itali sebentar tadi tidak berakhir tanpa detik dramatik dan mencemaskan dipersembah kedua-dua pasukan di Nouveau Stade de Bordeaux.
Turun membawa rekod tidak pernah mengatasi Itali dalam perlawanan peringkat kalah mati dalam mana-mana kejohanan utama sebelum ini, Jerman mendahului lawan melalui tendangan kencang Mesut Ozil pada minit ke-65.
Bagaimanapun ketika permainan dilihat bakal memihak kepada anak buah Joachim Low, Jerome Boateng bersikap cemerkap mengawal Giorgio Chiellini hinggakan bola terkena tangannya.
What a match! Unbelievable! Semifinaaaaal ... !!!! ???????? #ViveLaMannschaft #FirstNeverFollows #GERITA #GER pic.twitter.com/6j7Xx0DU0d
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) July 2, 2016
They love a shootout! Germany hold their nerve again to see off Italy.#EURO2016 #GERITA pic.twitter.com/6B1MRsXYvh
— UEFA EURO 2016 (@UEFAEURO) July 2, 2016
#EURO2016
— Italy (@azzurri) July 2, 2016
It hurts to leave France like that but the #Azzurri have their heads held high. We're proud of #ITA pic.twitter.com/sW8mjr2jRU
Pengadil dari Hungary, Viktor Kassai memberikan Itali tendangan penalti yang disudahkan dengan sempurna oleh Leonardo Bonucci pada minit ke-78.
Kedudukan itu memperlihatkan Jerman bagai hilang tumpuan dan agak buntu mencari gerakan terbaik untuk kembali mendahului Itali.
Tiga puluh minit masa tambahan kemudian gagal menemukan pemenang, menyebabkan penentuan penalti dilangsungkan.
Di atas kertas Gianluigi Buffon sepatutnya lebih unggul berbanding Manuel Neuer dan masa depan pasukan masing-masing terletak pada ketangkasan mereka membaca bahasa tubuh pemain lawan bagi memastikan gawang tidak dibolosi.
Beberapa nama utama dan berpengalaman - seperti Ozil Thomas Muller dan Bastian Schweinsteiger tersenarai sebagai pemain yang gagal menyempurnakan tugas menjaringkan gol melalui penalti.
Jerman bernasib baik kerana kegagalan itu turut dialami Itali.
Ia dimulakan oleh Simone Zaza, diikuti Graziano Pelle, Leonardo Bonucci dan Matteo Darmian, menjadikan kedudukan terikat 5-5.
Akhirnya pemain pertahanan kiri Jerman, Jonas Hector menyumbat gol kemenangan untuk pasukannya, menjadikan keputusan akhir 6-5.
Pasukan yang akan menunggu Jerman dalam perlawanan separuh akhir akan ditentukan awal pagi esok apabila tuan rumah, Perancis bertemu Iceland.

