Akhirnya Khairul Hafiz padam rekod 18 tahun Watson

   

Pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan berjaya pecahkan rekod 100 meter kebangsaan pada saingan akhir Sukma 2016, di Kuching hari ini.

Khairu Hafiz yang mewakili negeri kelahirannya, Melaka dilaporkan menamatkan larian di tempat pertama dengan catatan masa 10.18 saat.

Rekod itu sekali gus mengatasi pencapaian dan rekod 18 tahun milik Watson Nyambek dengan catatan masa 10.30 saat.

Watson mencipta rekodnya itu pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia pada 1998.

Sementara itu, di pingat perak menjadi milik atlet tuan rumah Jonathan Nyepa yang mencatat masa 10.36 saat.

Seorang lari pelari Melaka, Badrul Hisyam Abdul Manap, yang turut mencatat
masa 10.36s terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Menurut laporan Bernama keputusan itu dibuat berdasarkan 'photo-finish'.

 

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.