Kerana Ronaldo pesawat Ryanair jadi Ryanaldo
Kejayaan Portugal di Kejohanan Bola Sepak Eropah 2016 (Euro 2016) lalu sinonim dengan pencapaian Cristiano Ronaldo sehingga diberi penghargaan dengan pelbagai cara.
Selepas lapangan terbang di Funchal, Madeira terdapat syarikat penerbangan pula yang menukar nama pesawat mereka sempena nama pemain berbisa itu.
Syarikat penerbangan dari Ireland, Ryanair, menggantikan nama salah sebuah pesawat mereka dan mengubah suai logo menjadi 'Ryanaldo'.
Perkara itu diumum melalui laman Twitter Ryanair yang memuat naik sekeping gambar denga kapsyen "Tahniah @Cristiano kerana lapangan terbang baru anda, daripada syarikat penerbangan kegemaran anda".
Kejayaan membawa Portugal menjuarai Euro 2016 dan Liga Juara-juara untuk Real Madrid pada tahun sama akan menjadi pencapaian terbaik untuk meraih gelaraan keempat anugerah Ballon d'Or.
Sebelum ini, kapten Selecao das Quinas itu pernah menyandang status pemain terbaik dunia pada 2008, 2013 dan 2014.
Pencapaian Ronaldo bagaimanapun diatasi pesaing terdekatnya, Lionel Messi yang kini sudah meraih lima anugerah Ballon d'Or.
Congratulations @Cristiano on your new airport from your favorite airline! pic.twitter.com/SUk7kSKBlW
— Ryanair (@Ryanair) 27 July 2016

