Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Masyarakat Bidayuh turut berbangga dengan kejayaan penerjun negara Pandelela Rinong yang merangkul pingat perak pada Olimpik Rio 2016.

"Dia membuat masyarakat Bidayuh amat berbangga dengannya. Dia telah membuktikan kepada dunia bahawa jika diberi peluang dan bantuan yang sempurna, kaum etnik juga boleh menjadi cemerlang.

"Dia sesungguhnya menjadi popular sebagai bintang dan idol sukan bukan sahaja di negeri kelahirannya Sarawak tetapi juga negara," kata pengerusi Persatuan Kebangsaan Bidayuh Dayak cawangan wanita Kuching, Nancy Mongin kepada Bernama.

Pandelela dan pasangannya Cheong Jun Hoong meraih perak dalam acara 10m papan anjal serentak wanita awal pagi tadi.

Nancy berkata kejayaan Pandelela memberi semangat kepada bakat olimpik di masa depan dalam kalangan generasi muda Bidayuh.

Diharapkan dia juga cemerlang dalam acara seterusnya iaitu 10m individu, katanya.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS