Menang bergaya di gelanggang lawan namun di sebalik kejayaan membenam Arsenal, terpancar sisi negatif kelab Liverpool malam tadi.

Walaupun memulakan saingan musim terbaru EPL dengan kejayaan mengalahkan Arsenal 4-3 Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata ia bukanlah kualiti sebenar mereka.

Malah katanya ia masih jauh daripada sepatutnya.

Kata Klopp, jentera serangannya dilihat mempunyai potensi positif, namun pertahanan mereka masih belum cukup utuh untuk mengharungi musim ini.

"Ini memberikan keyakinan bahawa kami boleh menjaringkan gol dan di sisi lain tidak ada pilihan selain perlu bertahan. Dalam keadaan begitu barulah Liverpool ada peluang di EPL," katanya seperti dilaporkan Soccerway.

Menurut Klopp jaringan 4-3 jelas satu hasil yang menakjubkan, tetapi itu bukanlah apa yang diingininya untuk sering terjadi dalam perjalanan musim ini.

"Ketika anda cukup bagus dengan jaringan empat gol, anda perlu hindari dibolosi tiga gol," katanya.

Liverpool meraih kemenangan penting pada perlawanan pertama EPL di Stadium Emirates, malam tadi.

Walaupun ketinggalan 0-1, Liverpool bangkit mencipta empat gol berturut-turut sebelum tuan cuba cuba menyamakan kedudukan.

"Hari ini kami jauh daripada kualiti kami keseluruhan. Ada isyarat yang bagus, sesetengahnya kurang baik. Itu saja, mari kita terus berjuang," ujar jurulatih dari Jerman itu.

Selepas ini, Liverpool akan bertandang ke Turf Moor untuk bertemu pendatang baru liga, Burnley pada Sabtu ini.