Ketua jurulatih skuad Harimau Malaysia Bawah-22 (B-22), Frank Bernhardt menyenaraikan 30 pemain untuk menjalani kem latihan pusat pada 25 Ogos ini bagi menghadapi perlawanan persahabatan bertemu Bahrain B-22 pada 30 Ogos dan 2 September depan.

FAM dalam kenyataan hari ini berkata semua pemain perlu melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 25 Ogos manakala bagi pemain yang terlibat dalam aksi suku akhir saingan Piala Malaysia 2016 pada 27 dan 28 Ogos ini pula diminta melapor diri sehari selepas aksi pasukan masing-masing.

Menurut kenyataan itu, sembilan muka baharu yang dipanggil dalam senarai kali ini terdiri daripada Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim dan Amirul Hisyam Awang Kechik dari Kedah dan Muhammad Syazwan Zaipol Bahari (Perak).

Selain itu, Matthew Thomas Davies dan Muhammad Nor Azam Abdul Azih (Pahang); Rodney Calvin Akwensivie (Sarawak); Muhamad Shahrul Hakim Rahim (Kelantan); Adam Nor Azlin (Selangor) dan S. Kumaahran (Pulau Pinang).

Sementara itu, enam daripada senarai 27 pemain yang telah menyertai kem latihan di Chiba, Jepun pada Jun lepas telah digugurkan oleh pengendali dari Jerman itu.

Mereka ialah Muhamad Hafiy Haikal Ismail (JDT II), Muhamad Danish Haziq Saipul Hisham (Negeri Sembilan), B Sanjef Dinesh (DRB-Hicom FC), Muhammad Zulkhairy Zulkeply (UiTM FC), Muhammad Zuasyraf Zulkiefle (T-Team) dan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim (Pahang).

Senarai 30 Pelatih:
Muhammad Haziq Nadzli (PDRM); Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Mohamad Faris Shah Mohd Rosli, Muhamad Shahrul Hakim Rahim (Kelantan); Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim, Muhammad Arif Farhan Md Isa, Mohammad Farhan Roslan, Amirul Hisyam Awang Kecik, Muhammad Syafiq Ahmad (Kedah); Amierul Hakimi Awang (Terengganu); R Dinesh, Matthew Thomas Davies, Mohamad Faisal Abdul Halim, Muhammad Nor Azam Abdul Azih (Pahang); Dominic Tan Jun Jin (JDT), Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar, Muhammad Safawi Rasid (T-Team), Rodney Calvin Akwensivie, Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak); Mohd Adib Zainuddin (UiTM FC); Muhammad Syazwan Zaipol Bahari, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Perak); Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT II); Muhammad Irfan Zakaria, Muhamad Arif Mohamed Anuar (Kuala Lumpur); Muhammad Syahmi Safari, Adam Nor Azlin (Selangor); Muhd Jafri Muhammad Firdaus Chew, S Kumaahran (Pulau Pinang) dan N Thanabalan (Negeri Sembilan).

- Bernama