Menang tipis 4-3 ke atas PKNS FC pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2016 belum memberi jaminan untuk penyandang juara, Selangor melangkah ke separuh akhir.

Pengendali sementara skuad The Red Giants K Gunalan berkata keputusan perlawanan malam tadi perlu diambil sebagai pengajaran pada masa akan datang.

"Pemain Selangor sudah beri yang terbaik, tapi ketika mendahului 3-1, tidak sepatutnya kita dibolosi dua gol untuk lawan mengikat kedudukan menjadi 3-3," katanya seperti dilaporkan laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Selangor.

Ketika permainan terikat 3-3 Selangor bernasib baik apabila pemain import dari Argentina, Mauro Olivi menjaringkan gol kemenangan kira-kira lima minit sebelum perlawanan berakhir.

Sebelum itu Selangor mendahului 2-0 pada babak pertama perlawanan menerusi jaringan Ugo Ukah pada minit kelima dan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-24.

Juan Manuel Cobelli mengurangkan defisit jaringan untuk PKNS FC selang empat minit kemudian.

Bersambung babak kedua, R Gopinathan menjaringkan gol ketiga untuk Selangor pada minit ke-52, namun PKNS FC bangkit menerusi sentuhan penyudah Gonzalo Soto pada minit ke-60 mengikat kedudukan 3-3 melalui jaringan Gabriel Miguel Guerra pada minit ke-74.

Berdasarkan keputusan malam tadi Gunalan berpendapat kedudukan Selangor belum cukup selamat kerana perlawanan suku akhir kedua akan diadakan pada 17 September.

"Masih belum selamat, kita perlu berusaha lagi biar pun menang 4-3 pada aksi pertama ini," katanya seperti

Dia turut mengakui barisan pertahanan Selangor agak pincang walalupun berpuas hati dengan persembahan kesemua pemain termasuk import.

"Memang pertahanan agak pincang, tapi mereka sudah cuba memberikan yang terbaik," katanya dipetik sebagai berkata.