Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata belum ada sebarang keputusan dibuat berhubung kedudukannya
sebagai presiden persatuan bola sepak negeri setakat ini.

Mohamed Azmin berkata buat masa ini perkara itu masih di peringkat
rundingan antara timbalan presiden dan anggota exco persatuan bola sepak berkenaan sama ada beliau akan dikekalkan atau tidak.

"Saya dah jelaskan sebelum ini bahawa ia sedang dirundingkan antara
timbalan presiden dan ahli exco FAS," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan kelab
penyokong pasukan bola sepak Selangor atau skuad Gergasi Merah yang meminta Mohamed Azmin berundur daripada jawatan itu kerana beliau dilihat gagal menjalankan tanggungjawabnya.

Kelab penyokong itu juga mahu persatuan  bola sepak negeri ditransformasikan, ekoran pelbagai kemelut yang berlaku dalam persatuan
termasuk pemecatan mengejut jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan, Julai lepas.

-Bernama

Lihat Komen
ADS