MU tewas, Mourinho salahkan pengadil
Disebalik kekalahan Manchester United (MU) awal malam tadi, pengurusnya Jose Mourinho tampil mengkritik keputusan pengadil perlawanan yang didakwa menyebelahi lawan mereka, Manchester City (Man City).
Pada aksi keempat EPL di Old Trafford itu, MU mengecewakan penyokong mereka dengan kekalahan tewas 1-2.
Menurut Mourinho, MU sepatutnya boleh mengutip mata sekiranya pengadil Mark Clattenburg bersikap adil.
"Mark membuat dua kesilapan. Pertama, pelanggaran Claudio Bravo. Insiden itu sepatutnya diberikan penalti dan kad merah.
"Kalau pemain saya yang melakukannya, pasti dilayangkan kad merah dan sepakan percuma," katanya kepada BBC.
"Kedua, bola terkena tangan Nicolas Otamendi. Mungkin pengadil tidak anggap itu hand ball kerana bola terkena tangan di bahagian belakang.
"Tetapi dia pasti tahu. Kami tidak senang dengan keputusan itu," kata Mourinho.
Keputusan pada perlawanan itu menyaksikan MU menambah rekod buruk Mourihno khusunya menentang skuad Pep Guardiola.
Daripada 17 pertemuan, Mourinho hanya menang dalam tiga perlawanan.
Sementara itu, bagi Man City kemenangan itu meletakkan mereka di tangga teratas liga dengan 12 mata mengatasi tiga mata dimiliki MU.

