Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Fifa cadang format baru Piala Dunia
Diterbitkan:  Oct 4, 2016 1:41 PM
Dikemaskini: 6:20 AM

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino, mengemukakan cadangan baru format Piala Dunia.

Beliau dilaporkan berkata, cadangan tersebut melibatkan penambahan jumlah penyertaan ke kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

Infantino mencadangkan agar penyertaan pasukan Piala Dunia ditingkatkan kepada kelayakan 48 penyertaan berbanding sebelum ini melibatkan 40 pasukan.

Bercakap di Universitas Sergio Arboleda Bogota, Columbia, beliau berkata keputusan akhir mengenai perkara itu akan diputuskan pada Januari tahun depan.

"Ini merupakan idea-idea untuk memberi penyelesaian terbaik, kami akan berbahasa mengenai pada bulan ini dan akan menentukan segalanya pada 2017," kata Infantino seperti dilaporkan The Telegraph.

Susulan format baru itu katanya, 16 pasukan akan layak bermain di peringkat kumpulan, manakala 32 pasukan lagi akan bersaing untuk perlawanan kalah mati bagi penentuan 16 pasukan lagi di peringkat yang sama.

"Ini bermaksud, kita meneruskan format biasa Piala Dunia melibatkan 32 pasukan, tetapi secara keseluruhannya 48 pasukan yang ambil bahagian.

"Idea Fifa adalah mengembangkan bola sepak di seluruh dunia dan Piala Dunia adalah kejohanan terbesar," katanya.

Infantino terpilih sebagai Presiden Fifa pada 26 Februari lalu bagi menggantikan Sepp Blatter yang digantung selama enam tahun atas kesalahan melanggar etika badan induk bola sepak dunia itu.

 

Lihat Komen
ADS