Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kelantan berjaya mempertahankan kejohanan bola sepak Piala Presiden untuk musim kedua berturut-turut selepas mengalahkan T-Team 2-0 pada final kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Kemenangan itu memastikan Kelantan yang dikendalikan bekas pemainnya, Hashim Mustapha, menang dengan agregat 3-1 selepas kedua dua pasukan seri 1-1 pada final pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Selasa lepas.

Pada aksi malam ini, Kelantan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-40 menerusi jaringan Muhamad Raihan Mohd Huzaiz di dalam kotak penalti.

Sebaik sahaja aksi separuh kedua dimulakan, kedua-dua pasukan sering berbalas serangan tetapi Muhammad Danial Ashraf Abdullah mengesahkan kejuaraan Kelantan menerusi rembatan kencang pada minit ke-81.

Exco Sukan negeri, Datuk Rozi Mamat menyampaikan Piala Presiden serta wang tunai berjumlah RM150,000 kepada kapten Kelantan, Muhamad Faris Shah Mohd Rosli manakala T-Team meraih RM100,000 selaku naib juara.

-Bernama

Lihat Komen
ADS