Kedah juara, bonus RM25,000 menanti pemain
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan ganjaran RM25,000 sekiranya skuad Helang Merah menjuarai Piala Malaysia 2016, esok.
Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam pengumumannya berkata, cuti seharai pada 31 Oktober juga diberikan sekiranya Kedah berjaya menewaskan pasukan Selangor.
Selain itu, menteri besar Kedah itu juga menjanjikan perlawanan persahabatan pramusim 2017 di luar negara.
"Semoga dengan suntikan insentif ini memberi semangat motivasi tinggi buat skuad hijaukuning," katanya dalam pengumuman di Facebook rasmi KFA, malam ini.
Terdahulu Ahmad Bashah mengadakan pertemuan dengan barisan pemain Kedah di Hotel Dorsete Subang, Kuala Lumpur.
Kedah berjaya melangkah ke saingan akhir dua tahun berturut-turut menentang pasukan Selangor sekali gus peluang untuk menebus kekecewaan tahun lalu.

