Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Guardiola larang pemain 'bercinta' tengah malam
Diterbitkan:  Nov 15, 2016 1:12 PM
Dikemaskini: 5:20 AM

Bekas pemain Manchester City, Samir Nasri mendedahkan jurulatih mereka Pep Guardiola melarang barisan pemain daripada melakukan hubungan seksual pada tengah malam.

Nasri yang meninggalkan Man City untuk ke Sevilla dengan status sebagai pemain pinjaman Ogos lalu sempat berada di bawah kendalian Guardiola.

Walaupun hanya sekejap, Nasri mengakui tidak pernah melupakan apa yang diturutkan jurulatih kelahiran Sepanyol itu.

"Hubungan seks mesti sebelum tengah malam. Bahkan walaupun hari keesokannya merupakan hari cuti," katanya seperti dilaporkan Daily Mail yang dipetik daripada L'Equipe du Soir.

Menurut pemain berusia 29 tahun itu, Guardiola menerapkan peraturan itu agar pemain Man City dapat mengerahkan (tenaga) terbaik pada setiap perlawanan.

Kata Nasri, jurulatih itu mengambil contoh Lionel Messi dan Robert Lewandowski yang menunjukkan kesan terbaik kerana tidak 'bercinta' pada tengah malam.

"Dia mahukan pemain mendapat kualiti tidur yang baik," kata pemain dari Perancis itu.

"Kemudian dia katakan kepada kami, Messi dan Lewandowski memperolehi persembahan terbaik. Selain itu, terhindar daripada risiko kecederaan otot," tambahnya.

Pada musim ini Man City turun dengan hasil menakjubkan apabila berjaya meraih kemenangan dalam 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris dan sempat berada di puncak liga.

Minggu ini, skuad asuhan Guardiola akan mengharungi perlawanan menentang Crystal Palace di gelanggang lawan, Sabtu ini.

Lihat Komen
ADS