Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Ganjaran RM15,000 yang diumumkan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan kepada calon Puskas Fifa 2016, Faiz Subri dianggap sebagai rezeki buat anak-anaknya.

Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, dia amat berterima kasih dan bersyukur dengan ganjaran yang diberikan selepas berjaya mengharumkan nama negara.

"Alhamdulillah syukur dengan ganjaran yang diberikan Tunku Ismail. Mungkin ini juga rezeki anak-anak saya dan sebagai motivasi untuk saya.

"Di kesempatan ini saya mahu merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau," katanya kepada Malaysiakini Sukan.

Tunku Ismail yang juga penaung Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), mengumumkan sumbangan RM15,000 kepada Faiz yang kini berpeluang besar memenangi Anugerah Puskas Fifa 2016.

Faiz kini berada dalam tiga kelompok terbaik yang disenarai pendek untuk memenangi anugerah penjaring gol terbaik dunia hasil daripada tendangan percumanya pada 16 Februari lalu.

Ketika itu Pulau Pinang berdepan Pahang dan perlawanan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Harimau Kumbang 4-1.

Dua lagi calon mencabar Faiz untuk anugerah Puskas tahun ini ialah Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Untuk berada di tempat terbaik kini mereka mengetepikan tujuh pemain lain termasuk Lionel Messi dan Neymar.

Pemenang ditentukan melalui undian yang sedang berlangsung kini sehingga 9 Januari 2017. Klik di sini untuk mengundi.

Lihat Komen
ADS