Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
Faiz Subri julang Anugerah Puskas 2016
Diterbitkan:  Jan 10, 2017 1:24 AM
Dikemaskini: 7:35 PM

Anugerah Puskas Fifa 2016 ternyata menjadi milik Faiz Subri sekali gus mencipta sejarah baru sukan bola sepak Malaysia pada Anugerah Bolasepak FIFA 2016 Fifa 2016 di Zurich, sebentar tadi.

Sepakan ajaib pemain Pulau Pinang itu diundi sebagai jaringan terbaik di dunia yang dihasilkan sepanjang tahun lalu di arena bola sepak profesional.

Kemenangan pemain berusia 30 tahun itu diumumkan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo.

Faiz menewaskan dua pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

Sebaik namanya diumumkan sebagai pemenang, anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu kelihatan meraup wajah dengan rasa syukur sekali gus memeluk Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah yang turut menemaninya ke anugerah tersebut.

Tampil di pentas anugerah berprestij itu, Faiz lantas mengucapkan rasa syukurnya di atas kemenangan tersebut.

"Sejujurnya tidak terlintas di fikiran saya untuk berada pada tahap ini bersama bintang-bintang bola sepak bertaraf dunia di pentas yang luar biasa.

"Di sini saya ucapkan terima kasih kepada pengurusan pasukan Pulau Pinang, semua jurulatih, rakan-rakan sepasukan dan keluarga," kata Faiz yang kelihatan begitu berdebar membacakan ucapan dalam bahasa Inggeris melalui telefon pintarnya.

Berdasarkan undian, Faiz menerima sebanyak 59.46 peratus berbanding Marlone (22.86 peratus), Daniuska Rodriguez (10.01 peratus) dan lain-lain (7.68 peratus).

Jaringan itu dilakukan ketika membantu pasukannya, Pulau Pinang mencatat kemenangan 4-1 ke atas Pahang dalam saingan Liga Super.

Video jaringan yang dimuat naik oleh FifaTV di laman YouTube pada 21 November lepas telah ditonton lebih dua juta pelayar dari seluruh dunia.

 

Lihat Komen
ADS