Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
'Abai' baju, bahasa Melayu di Zurich bukan kemahuan fikiran Faiz
Diterbitkan:  Jan 11, 2017 12:25 PM
Dikemaskini: 4:32 AM

Jangan salahkan Faiz Subri - itu hakikat yang perlu diterima oleh sesiapa yang mengharapkan pemain skuad Harimau Kumbang itu membawa identiti Malaysia di Zurich, Switzerland.

Disebut-sebut akan berucap menggunakan bahasa Melayu dan berpakaian baju Melayu, apa yang berlaku di majlis penganugerahan tertinggi bola sepak itu pada awal pagi semalam (waktu Malaysia) adalah sebaliknya.

Faiz berpakaian segak seperti orang lain, dan dia menyampaikan ucapan penghargaan dengan bahasa Inggeris.

Kata Faiz apa yang berlaku di situ terjadi di luar kawalannya.

Kedua-dua keinginan Faiz terhalang oleh peraturan dan larangan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Badan bola sepak itu dilaporkan hanya membenarkan pemain bercakap sama ada menggunakan dalam bahasa Inggeris, Sepanyol atau Perancis.

Ia sesuai dengan persediaan lazim Fifa yang menyediakan penterjemah bagi tiga bahasa itu saja dan memenuhi keperluan siaran secara langsung di seluruh dunia, lapor Utusan Online.

Faiz juga terpaksa melupakan hasrat memakai baju Melayu - yang biasanya mempunyai ketebalan biasa - kerana keadaan cuaca di Zurich yang terlalu sejuk hingga mencecah -3 darjah Celsius.

Walaupun hasrat itu tidak kesampaian, namun berada di pentas Anugerah Fifa dan dinobat sebagai pemenang Puskas 2016 merupakan detik paling mengujakan buat penyerang Pulau Pinang itu.

Menurut anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu, dia mengakui agak gementar ketika mahu memberi ucapan sehingga mengambil masa untuk mencari teks ucapannya di dalam telefon bimbit.

Reaksi Faiz disambut dengan gelak ketawa pengacara dan penonton di dewan berkenaan.

"Saya hanya diberi masa 30 saat untuk berucap, jadi perasaan ketika itu agak gementar. Memang sangat gemuruh sehingga saya tidak jumpa ucapan dalam telefon," kata Faiz dipetik sebagai berkata.

Lihat Komen
ADS