Stadium rosak, T'ganu pindah gelanggang

       

Pasukan Terengganu akan beraksi dalam perlawanan pusingan pertama bola sepak Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) di Kuala Terengganu.

Ini berikutan keadaan padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Gong Badak yang rosak teruk akibat musim hujan.

Pegawai Media Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Haslan Hashim berkata pertukaran gelanggang itu telah mendapat persetujuan daripada pengendali liga, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP).

"Memandangkan keadaan padang di SSMZA masih lagi tidak sesuai dan berisiko tinggi untuk mengalami kerosakan akibat musim hujan dan mendatangkan kecederaan kepada pemain, kita telah memohon untuk perlawanan diadakan di SSINS.

"PBSNT memohon untuk penukaran gelanggang bagi perlawanan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MISC-MIFA... FMLLP telah bersetuju untuk pertukaran gelanggang tersebut termasuk perlawanan lain dalam pusingan pertama," katanya
dalam satu kenyataan.

Pada aksi pembukaan kempen musim ini ketika menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di SSMZA, 20 Jan lalu, perlawanan hanya berlangsung 11 minit sebelum pengadil membatalkannya akibat keadaan padang. -Bernama

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.