Pengurus Bayern Munich, Carlo Ancelotti menyatakan rasa simpatinya terhadap Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menjelang perlawanan kedua peringkat 16 akhir Liga Juara-juara, awal pagi nanti.

Skuad bimbingan Wenger berdepan cabaran sukar selepas tewas 1-5 pada perlawanan pertama di gelanggang lawan.

Kekalahan itu berlanjutan dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila mereka berdepan Liverpool, Sabtu lalu.

Susulan itu, beberapa pihak semakin memerhati prestasi Wenger yang dilihat 'goyang' untuk mempertahankan jawatannya di Emirates.

Namun, Ancelotti tetap mengingatkan anak buahnya betapa mereka perlu berwaspada dengan 'kelukaan' Arsenal dan segala kemungkinan boleh terjadi.

"Kadang-kadang saya fikir bahawa kami perlu melakukan pekerjaan ini dengan kritikan.

"Wenger adalah jurulatih berpengalaman dan saya yakin dia mampu mengawal situasi," kata jurulatih dari Itali itu.

Bagaimanapun, Ancelotti berada simpati dan berpendapat Wenger layak mendapat penghormatan lebih besar sebagai pengurus The Gunners.

"Bulan ini mungkin sesuatu yang bakal terjadi kepada setiap pengurus. Kritikan adalah perkara biasa. Saya bersimpati kepadanya sebagai seorang pengurus dan seorang lelaki.

"Saya memiliki hubungan baik dengan Wenger dan menghormatinya kerana tidak semua pengurus mampu lakukan apa yang dia buat di Arsenal," ujarnya seperti dilaporkan FourFourTwo.

Wenger yang juga jurulatih dari Perancis membimbing Arsenal sejak 1996 dan pernah membawa pasukannya menjuarai EPL sebagak tiga kali, masing-masing enam gelaran Piala FA dan Piala Perisai Komuniti.