Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Malaysia lawan Korea Utara 8 Jun
Diterbitkan:  Mar 15, 2017 1:02 PM
Dikemaskini: 5:04 AM

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menetapkan 8 Jun 2017 sebagai tarikh baru perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara.

Dalam kenyataan hari ini AFC menetapkan supaya Korea Utara mencadangkan gelanggang berkecuali untuk perlawanan tersebut sebelum 14 April.

Sekiranya gagal berbuat demikian, badan induk bola sepak Asia itu akan membuat keputusan dalam menentukan lokasi baru bagi perlawanan kelayakan terbabit.

Terdahulu, pertemuan antara Malaysia dijadualkan berlangsung pada 28 Mac ini di Pyongyang, Korea Utara, tetapi ia ditangguhkan atasnamun atas faktor keselamatan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM0 sebelum ini memohon kepada AFC untuk mengadakan perlawanan berkenaan di gelanggang berkecuali.

Ia berikutan wujudnya ketegangan diplomatik antara kerajaan Malaysia dan Korea Utara selepas kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang KL 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Lihat Komen
ADS