Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Gomez nafi tuntut gaji tinggi
Diterbitkan:  Apr 5, 2017 5:07 PM
Dikemaskini: 9:10 AM

Bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez dilapor menafikan beliau meminta gaji tinggi untuk memikul tugas selaku ketua jurulatih bola sepak kebangsaan.

Gomez sebelum ini merupakan calon ketua jurulatih bola sepak kebangsaan yang dipilih Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebaik dinobatkan sebagai penerajui baru badan induk bola sepak negara.

Bagaimanapun semalam, Tunku Ismail mengesahkan bahawa Gomez belum disahkan sebagai pengganti posisi Datuk Ong Kim Swee apabila dia menuntut gaji di luar kemampuan FAM.

Dan hari ini, Gomez menafikan perkara itu.

"Itu tidak benar.

"Saya tidak meminta lebih daripada gaji yang diperolehi ketika bersama JDT," katanya seperti laporkan Malay Mail Online.

Sebaliknya, Gomez dikatakan tidak setuju dengan kontrak setahun ditawarkan FAM untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya.

Katanya, tempoh sekurang-kurangnya dua tahun diperlukan untuk memberi kelainan kepada pasukan berbanding kontrak selama setahun.

"Kami bercakap di telefon (semalam) dan beliau kata akan berikan saya jawapan," kata Gomez.

Lihat Komen
ADS