Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Ozil rindu Kota Mekah
Diterbitkan:  Apr 15, 2017 2:54 PM
â‹…
Dikemaskini: 6:59 AM

Penyerang Arsenal, Mesut Oezil mengakui betapa dia merindui untuk mengulang kembali kunjungan ke kota suci, Mekah.

Justeru, bintang dari Jerman itu berharap dia dapat menjejak kaki ke tanah haram itu lagi untuk melakukan ibadah umrah atau haji.

Ozil pernah melakukan ibadah umrah di sebelum Piala Eropah 2016. Dia sempat berkongsi gambarnya berdiri di depan Kaabah, iaitu kiblat bagi umat Islam yang terletak di Masjidil Haram.

Pemain berusia 28 tahun itu berkata, ada perasaan istimewa dialami ketika beribadah di Mekah.

"Pengalaman di sana sungguh luar biasa. Saya ingin mengulanginya lagi," kata bintang kebangsaan Jerman itu seperti dilaporkan Daily Mail.

 

 

🕋 #Mecca #HolyCity #SaudiArabia #Islam #Pray

A post shared by Mesut Özil (@m10_official) on

 

"Saya banyak mengambil gambar ketika di Mekah kerana diminta oleh penyokong. Saya tidak bermaksud memprovokasi siapa pun," jelas Ozil.

Mengulas lanjut, Ozil mengambil mengajak orang-orang Islam supaya untuk turut mengerjakan umrah.

"Sebagai seorang muslim, anda harus pergi ke Mekah. Lihat dan rasakan pengalamannya," katanya.

Lihat Komen
ADS