Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Empat pemain badminton digantung tiga kejohanan

Dua pemain perseorangan lelaki dan dua pemain beregu wanita berdepan penggantungan tiga kejohanan berikutan gagal ujian kecergasan fizikal kendalian Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata empat pemain senior itu akan menerima surat daripada BAM dalam masa terdekat.

"Keputusan ujian kecergasan pemain ini didapati rendah, sesuatu yang tidak dapat diterima. Kesemua pemain akan menerima surat yang memaklumkan keputusan tidak menghantar mereka sehingga kecergasan mereka meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat C&T di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini hari ini.

Mohamad Norza yang enggan mendedahkan nama pemain tersebut berkata semua pemain itu perlu mempertingkatkan kecergasan fizikal masing-masing mengikut tahap yang ditetapkan. -Bernama

Lihat Komen
ADS