Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar mendedahkan pemain kelab Kuantan FA tidak dibayar gaji selama 11 bulan.

Beliau mendakwa, perkara itu antara isu terkini yang diterima pihaknya melalui aduan pemain terlibat.

"Terbaru, pemain Kuantan FA tidak dibayar gaji selama 11 bulan.

"Ini perkara yang menyedihkan, malah pemain nak datang untuk membuat aduan rasmi ke Pejabat PFAM di Kuala Lumpur pun tak mampu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika yang tampil sebagai salah seorang panelis forum 'Face Off' bersama Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di Johor Bahru, malam ini.

Forum tersebut turut menampilkan bekas pemain kebangsaan dan pengkiritik sukan tanah air, Shebby Singh dan Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam.

Untuk rekod, Kuantan FA merupakan salah satu pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Perdana pada musim ini.

Tambah Hairudin, PFAM terpaksa mengambil inisiatif untuk ke Kuantan bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai isu tersebut.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai peranan dimainkan persatuan itu katanya, PFAM bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan pemain-pemain bola sepak yang juga ahli persatuan dan tidak berpihak kepada mana-mana pasukan.

"Apabila seseorang pemain datang mengadu tentang dia tak dibayar gaji. Sudah tentu PFAM bertindak untuk membantu.

"Langkah pertama, kita hantar surat kepada pasukan berkenaan. Tanya kenapa tidak dibayar gaji pemain tersebut?

"Selepas tujuh hari tiada jawapan, PFAM akan hantar surat kedua. Jika tiada lagi jawatan atau penjelasan yang memuaskan, kita akan menghantar afidavit kepada Jawatankuasa Status FAM untuk tindakan daripada FAM," katanya.

Lihat Komen
ADS