Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

SUKAN SEA Malaysia memenangi pingat emas kedua dan ketiga hari ini menerusi acara memanah compound berpasukan wanita dan lelaki.

Pasukan wanita Malaysia merangkul pingat emas selepas menewaskan Vietnam, 253-252 dalam perlawanan mendebarkan di Padang Sintetik, Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Indonesia sebelum itu menewaskan Thailand untuk pingat gangsa.

Pasukan memanah compound lelaki Malaysia kemudian menambah pingat emas selepas menewaskan Singapura 228-222.

Filipina meraih pingat gangsa selepas menewaskan Vietnam.

-Bernama

Lihat Komen
ADS