Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan

Jaguh Olimpik Singapura Joseph Schooling memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berkata beliau akan memberi pengajaran kepada para perenangnya pada Sukan SEA 2017 yang dirasmikan hari ini di Kuala Lumpur.

Jejaka berusia 22 tahun itu memenangi pingat emas Olimpik pertama buat Singapura dalam kategori renang 100 meter kuak kupu-kupu di Rio tahun lalu.

Beliau memberitahu media tempatan bahawa "sangat bagus untuk ke Malaysia dan mengajar mereka satu atau dua perkara".

"Jika saya menyakiti sesiapa, saya minta maaf...itu bukanlah niat saya," kata Schooling sewaktu tiba di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya pohon maaf atas komen saya dan saya tidak bermaksud begitu."

Schooling menang sembilan pingat emas pada Sukan Sea di Singapura dua tahun lalu.

"Saya akan buat yang terbaik. Saya hanya buat yang terbaik dan berharap hasilnya bercakap dengan sendirinya. Kami ada dua hari untuk bersedia dan semoga kami akan dapat melakukan persembahan terbaik dalam kejohanan ini," tambah beliau.

"Pastilah ini bukan latihan untuk saya. Terdapat ramai perenang hebat di rantau Asia Tenggara jadi saya perlu jadi yang terbaik bagi membuatkan negara saya bangga."

Kejohanan dwi tahunan Sukan Sea yang ke 29 ini akan berlangsung sehingga 30 Ogos ini.

-Reuters

 

Lihat Komen
ADS