Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Gandingan Peng Soon-Liu Ying kandas di separuh akhir Terbuka Indonesia

Harapan beregu campuran negara untuk mara ke final Terbuka Indonesia hancur apabila kedua-dua beregu tersingkir di Jakarta, hari ini.

Pasangan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang membuat kejutan ke atas pasangan tuan rumah Tontowi Ahmad-Winny Oktavina Kandow tewas kepada beregu pilihan kedua dari China, Wang Yilyu-Huang Dong Ping.

Beregu nombor lima dunia yang kalah pada set pertama 21-13 cuba bangkit pada set kedua dan terikat 20-20 tetapi gagal mengatasi cabaran beregu China apabila tumpas 22-20.

Pasangan beregu Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula gagal mengekalkan rentak apabila ditewaskan oleh Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 21-12, 21-16.

Kejohanan seterusnya ialah Terbuka Jepun dari 23 hingga 28 Julai di Tokyo.

- Bernama

Lihat Komen
ADS