Malaysiakini
SUKAN

Ronaldo positif Covid-19

Diterbitkan

Bintang bola sepak sensasi merangkap kapten pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo disahkan positif Covid-19 sekali gus terlepas peluang untuk beraksi dalam perlawanan menentang Sweden pada Rabu.

"Cristiano Ronaldo dikeluarkan daripada pasukan kebangsaan selepas dijangkiti Covid-19. Pemain itu berada dalam keadaan baik tanpa gejala dan kini dikuarantin," memetik laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) pada Selasa.

Ronaldo pemain ketiga Portugal yang dijangkiti Covid-19 selepas Jose Fonte dan Anthony Lopes.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.