Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
MU mara ke suku akhir Piala FA lepas tundukkan West Ham
Diterbitkan:  Feb 10, 2021 11:13 AM
Dikemaskini: 3:13 AM

Manchester United (MU) berjaya menundukkan West Ham United 1-0 untuk melangkah ke suku akhir Piala FA, lapor Agensi Anadolu.

Pemain tengah The Red Devils dari Scotland, Scott McTominay menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-97 ketika masa tambahan selepas perlawanan tamat tanpa sebarang jaringan.

Perlawanan berlangsung di Stadium Old Trafford pada Selasa.

MU menang di tempat sendiri untuk menjadi antara lapan pasukan yang mara ke suku akhir.

Awal Selasa, Bournemouth menundukkan Burnley 2-0 untuk turut sama beraksi di peringkat suku akhir.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS