Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Pemain hebat tak mungkin dilahirkan sekelip mata
Diterbitkan:  Apr 5, 2021 8:32 AM
Dikemaskini: 12:32 AM

Skuad ‘ubi muda’ Projek FAM-MSN yang melalui enam perlawanan tanpa sebarang kemenangan masih memerlukan masa untuk memperbaiki mutu permainan.

Ketua jurulatihnya Yusri Che Lah berkata pasukan yang mula berjuang dalam saingan Liga Premier sejak 2 Feb lepas tidak mungkin dapat melahirkan pemain berpotensi dalam masa singkat.

“Saya faham dengan semua kata-kata di luar sana, mereka tidak inginkan jawapan yang selamat.

“Tetapi bagi saya siapa juga berada di tempat saya harus menerima keadaannya kerana inilah pembangunan yang dimaksudkan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang JDT II malam tadi.

Yusri juga mengakui tidak mudah untuk barisan pemain berusia antara 17 hingga 20 tahun berhadapan dengan pasukan yang mempunyai pemain import.

Yusri berharap pasukannya kembali bersemangat dan memperbaiki prestasi mereka untuk perlawanan berikutnya menentang Kuching City FC Rabu ini.

Perlawanan di Stadium UiTM di Shah Alam malam tadi menyaksikan skuad Projek FAM-MSN tewas 0-5 kepada JDT II.

- Bernama

Lihat Komen
ADS