Malaysiakini
SUKAN

Peminat serbu Old Trafford, perlawanan MU - Liverpool ditangguhkan

Diterbitkan

Perlawanan Manchester United (MU) bertemu Liverpool yang sepatutnya diadakan pada Ahad terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan berikutan peminat mengadakan protes di Stadium Old Trafford Manchester, lapor Agensi Anadolu.

"Keselamatan semua orang di Old Trafford adalah menjadi keutamaan. Kami memahami perasaan semua tetapi kami mengecam tindakan ganas dan kerosakan yang dilakukan terutamanya pelanggaran terhadap peraturan Covid-19.

"Peminat mempunyai banyak saluran untuk menyuarakan pandangan mereka, tetapi tindakan segelintir peminat tidak boleh diterima," kata Liga Perdana dalam satu kenyataan.

Peminat berkumpul di Old Trafford kira-kira 1 petang waktu tempatan kerana membantah keputusan awal pemilik kelab MU, Glazer yang mahu terbabit dengan Liga Super Eropah.

Perlawanan pada awalnya dijadual bermula 3.30 petang tetapi ditangguhkan, tarikh baharu perlawanan akan dimaklumkan kemudian.

- Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.