Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
TMJ seru penyokong JDT datang stadium
Diterbitkan:  Jun 29, 2022 3:10 PM
Dikemaskini: 7:10 AM

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata kelab Harimau Selatan itu mempunyai stadium berkelas tinggi dan kini peranan penyokong JDT untuk menghadirkan diri pada hari perlawanan.

Ketika mempengerusi satu sesi dialog bersama penyokongnya di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin, Tunku Ismail menyatakan kejayaan dirangkul hari ini merupakan hasil usaha keras kelab.

Oleh itu, penyokong sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada kelab dengan datang ke stadium untuk memberikan sokongan ketika pasukan bermain.

“Orang lain berdoa untuk ada satu kelab macam kita, kita pula di sini tidak hargainya. Penyokong harus menyokong, memberi lebih semangat kepada pemain.

“Tunjukkan satu sikap anda menghargai kami yang berada dalam kelab kerana anda perlukan kami dan kami pun perlukan anda juga,” katanya.

Tunku Ismail seterusnya menambah JDT mempunyai infrastruktur yang lengkap sedangkan kelab lain hanya mampu mengimpikan apa yang dimiliki mereka.

“Kita perlu sokongan setiap kali di stadium, saya pun terpaksa menyeru. Kami sudah buat macam-macam, kami sudah ada stadium yang canggih, orang lain tak ada stadium pun, takkan masih tak nak datang stadium lagi?

“Pusat latihan pun ada, semua cukup dan kami akan cuba lagi apa yang kami boleh buat untuk penyokong, tak kisah aktiviti di stadium atau pun kemudahan lain," ujarnya.

Pemangku Raja Johor itu juga menekankan kehadiran ke stadium seharusnya menjadi komitmen penyokong dan tidak lagi terletak di bahu kelab.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS