Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Tze Yong rangkul kejuaraan sulung di Cabaran Antarabangsa Bahrain
Diterbitkan:  Dec 5, 2022 8:48 PM
Dikemaskini: 12:48 PM

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong akhirnya berjaya merangkul kejuaraan pertama musim ini selepas dinobatkan sebagai juara dalam Cabaran Antarabangsa Bahrain 2022 di Manama, pada Ahad.

Selaku pilihan pertama, Tze Yong bagaimanapun terpaksa beraksi menentang pemain bukan pilihan dari Taiwan, Kuo Kuan Lin pada perlawanan akhir sebelum muncul juara dalam pertembungan 3 set berlangsung selama sejam 20 minit, dengan keputusan 21-15, 20-22, 21-12.

Selain merangkul gelaran juara dalam kejohanan yang diadakan di Kelab BKS, pemain yang menduduki nombor 27 dunia itu turut menerima hadiah wang bernilai AS$1,200.

Tze Yong sebelum ini pernah memenangi pingat perak perseorangan lelaki dan membantu pasukan negara merampas kembali pingat emas dari India dalam acara berpasukan campuran di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Selain itu, pemain berusia 22 tahun itu juga merupakan sebahagian daripada skuad badminton lelaki negara yang menamatkan dominasi Indonesia untuk memenangi gelaran sulung pada Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) di Shah Alam, Februari lepas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS