Tottenham Hotspur anjur majlis buka puasa kali pertama
Diterbitkan: Apr 10, 2023 10:47 AM
Tottenham Hotspur menganjurkan acara buka puasa pertamanya di stadium pasukan liga perdana Inggeris itu pada Khamis.
Acara itu dianjurkan oleh Spurs REACH, kumpulan penyokongnya yang mempunyai pelbagai latar belakang.
Ia dihadiri kira-kira 150 anggota Spurs REACH dan melibatkan pemain sayapnya Arnaut Danjuma, yang beragama Islam.
“Ramadan adalah peristiwa besar bagi masyarakat Islam,” dia dipetik sebagai berkata.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/04/27a0374124e590c80553f11866269e2e.jpg)
