Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Jun Hao, Letshanaa bakal beraksi di Maters KL 2023
Diterbitkan:  Oct 24, 2023 5:20 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) akan menganjurkan Kejohanan Badminton KL Masters Super 100 2023, dijadualkan bermula 31 Okt hingga 5 Nov ini di Stadium Titiwangsa, di Kuala Lumpur.

Menurut KLBA dalam kenyataan, kejohanan itu adalah medan penting untuk kelayakan ke Pusingan Akhir Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) serta Sukan Olimpik Paris 2024.

Kejohanan itu bakal menonjolkan jaguh tempatan seperti perseorangan lelaki Leong Jun Hao dan perseorangan wanita K.Letshanaa, serta gandingan berbakat yang sedang meningkat naik dalam beregu wanita Amanda Yap-Ho Lo Ee.

"Bintang antarabangsa termasuk Jeon Hyeok Jin dari Korea Selatan, Sai Praneeth dari India, Thet Htar Thuzar dari Myanmar dan juara remaja dunia yang dinobatkan baru-baru ini perseorangan Thailand Pitchamon Opatniput akan turut memeriahkan lagi kejohanan," menurut kenyataan itu. 

 KL Master Super 100 yang baru disenaraikan dalam Jelajah Dunia BWF Super 100 itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai US$100,000 (RM477,900).

Selain itu, Festival Makanan Malaysia akan turut diadakan di venue kejohanan, bermula pada peringkat suku akhir pada 3 Nov.

Tiket boleh didapati secara dalam talian menerusi https://my.bookmyshow.com.

- Bernama

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS