Indonesia nakal, main kotor - Australia
Pemain tengah Australia Jackson Irvine mendakwa pasukan Indonesia bermain kotor dalam perlawanan peringkat 16 terbaik Piala Asia di Qatar malam tadi.
Dia mendakwa ia berlaku pada perlawanan separuh masa kedua.
Menurut laporan daripada laman Fox Sports dia berkata demikian selepas berlangsungnya perlawanan Piala Asia 2023 Indonesia menentang Australia di Stadium Jassim bin Hamad.
“Mereka mula bermain kotor dan nakal pada penghujung permainan,” kata Irvine seperti dilaporkan Fox Sports.
“Kamu harus bertenang dan saya rasa pasukan kami sudah bermain bersungguh-sungguh untuk menamatkan perlawanan dan mendapatkan kemenangan yang selesa,” katanya lagi.
Pemain berjersi nombor 22 itu juga berkata dia berpuas hati dengan aksi permainan pada separuh masa kedua.
“Keseluruhannya, saya rasa sangat gembira dengan persembahan pada separuh masa kedua,
“Kadangkala kami bermain dengan penuh emosi dan harus kekal tenang,” sambungnya lagi.
Penampilan terbaik kami - Shin Tae Yong
Kemenangan Australia ini juga membuatkan pasukan bola sepak mereka layak ke suku akhir, akan berdepan antara Arab Saudi atau Korea Selatan.
Sementara itu, walaupun dikalahkan dengan jaringan gol 4-0, jurulatih Indonesia Shin Tae Yong menganggap permainan itu adalah penampilan terbaik skuad bimbingannya.
“Secara jujurnya, perlawanan ini adalah penampilan yang terbaik kami tunjukkan,
Dia juga memberi pujian kepada penyerang Marselino Ferdinan serta pemain-pemain yang lain, lapor CNN Indonesia.
Dengan kekalahan ini Indonesia tersingkir daripada pusingan kalah mati 16 terbaik.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/01/fbec056b8434c815df5f0fb7c6b6baae.jpg)
